COVID-19: DUA KEMATIAN, SATU KLUSTER BAHARU DI SABAHCOVID-19: DUA KEMATIAN, SATU KLUSTER BAHARU DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: DUA KEMATIAN, SATU KLUSTER BAHARU DI SABAH


2 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kes kematian dan satu kluster baharu iaitu Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dilaporkan di Sabah pada hari ini.

Kes kematian itu masing-masing satu di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Queen Elizabeth, melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 88 tahun dan wanita tempatan berusia 75 tahun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya Sabah mencatatkan 503 kes baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 16,195 kes.

“Pada hari ini seramai 3,155 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 698 orang di hospital dan 2,457 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 76 orang manakala 23 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu Covid-19 di Sabah, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 149 kes, diikuti daerah Tawau (138 kes), Putatan (42 kes), Papar (37 kes), Sandakan (34 kes), Lahad Datu (29 kes), Keningau (20 kes), Penampang (19 kes).

“Kota Belud (Sembilan kes), Tuaran (lapan kes), Semporna (tujuh kes), Kudat (lima kes), Kinabatangan dan Kota Marudu masing-masing dua kes, Telupid (satu kes) dan Pitas (satu kes).

“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Beaufort, Kunak, Ranau, Tenom, Kuala Penyu, Beluran, Tambunan, Tongod, Nabawan dan Sipitang,” katanya.

Mengenai Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau, beliau berkata, ia mencatatkan 104 kes hasil saringan tahanan di pusat itu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page