• nabalunews

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DI KUDAT, SATU DI PENAMPANG


21 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu dilaporkan di Sabah pada hari ini iaitu dua di Kudat dan satu di Penampang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Basung melibatkan peniaga ikan di Kudat dan setakat ini 26 kes positif dilaporkan.

“Kluster kedua dikenali sebagai Kluster Inai, ini berpunca dari satu majlis Inai dan mengakibatkan 13 orang disahkan positif Covid-19, setakat ini.

“Kluster ketiga ialah Kluster Tempayan di Penampang melibatkan sebuah restoran dan setakat ini sebanyak19 pekerja di restoran berkenaan serta pelanggan dikenalpasti positif Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan mereka yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar laporan harian kes jangkitan Covid-19 di Sabah, di sini, hari ini.


Masidi berkata, mengikut laporan terbaru daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) walaupun kes positif Covid-19 di Sabah masih di tahap tinggi namun ada tanda-tanda yang baik bahawa ia boleh dikawal.

Mengenai pengagihan bakul makanan kepada golongan sasar, beliau berkata, setakat ini

Sebanyak 66,164 bakul makanan telah diagihkan.

“Bagi penduduk yang ada masalah atau belum menerima bakul makanan, mereka boleh membuat aduan terus kepada Pusat Covid Negeri Sabah atau Pejabat Daerah masing-masing,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com