• nabalunews

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKENALPASTI DI SANDAKAN



24 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat enam kluster baharu dikenalpasti pada hari ini, dua daripadanya di negeri ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Mesra dan Kluster Mega dikenalpasti di Sandakan.

“Kluster Mesra melibatkan daerah Sandakan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13755) dikenalpasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

"Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 21 lagi kes positif Covid-19. Sehingga hari ini, sejumlah 116 individu telah disaring di mana 22 kes dikesan positif, dua individu negatif dan 92 individu masih menunggu keputusan," katanya.

Kluster Mega juga melibatkan daerah Sandaan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13706) telah dikenalpasti posi9tif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktobere dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. Saringan kontak rapat mengenalpasti 14 lagi kes positif.


Sehingga hari ini, sejumlah 64 individu telah disaring iaitu 15 kes dikesan positif, 12 kes negatif dan 37 individu masih menunggu keputusan.

Kluster-kluster baharu yang lain ialah Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas