COVID-19: EMPAT LAGI SEKOLAH DAN DUA TADIKA SWASTA DITUTUP
- Wartawan Nabalu News
- Feb 2, 2021
- 1 min read
Updated: Feb 3, 2021

2 Feb 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Empat lagi sekolah di negeri ini ditutup akibat jangkitan Covid-19, setakat 1 Feb ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sekolah-sekolah itu ialah SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM St. Cecilia dan SMKA Tun Juhar.
“Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, selain daripada empat buah sekolah yang telah ditutup sebelum ini, terdapat empat lagi sekolah telah ditutup akibat terdapat jangkitan Covid-19 iaitu semua di daerah Sandakan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Mengenai sekolah tadika pula, Masidi berkata, terdapat dua sekolah tadika swasta telah ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19.
Beliau berkata tadika itu ialah Tadika Jati, Taman Haringgton Kota Kianbalu dan Kinabalu International School Kota Kinabalu.
Comentários