COVID-19: KEHADIRAN PENUH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH DI PEJABAT BERMULA ISNINCOVID-19: KEHADIRAN PENUH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH DI PEJABAT BERMULA ISNIN
top of page
  • nabalunews

COVID-19: KEHADIRAN PENUH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH DI PEJABAT BERMULA ISNIN


5 JAN 2021


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan perkhidmatan dan waktu bekerja pejabat kerajaan negeri beroperasi sepenuhnya bermula Isnin (4 Januari), dengan kehadiran pegawai dan kakitangan di pejabat pada tahap 100 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi mengenai COVID-19 di Sabah berkata, arahan itu bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang baik dan efektif.

“Semua penjawat awam dikehendaki mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Sementara itu, Masidi berkata atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud bermula 5 Januari sehingga 18 Januari 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan lapangan dijalankan serta bagi menyekat penularan jangkitan COVID-19 di dalam komuniti setempat. Sehingga 31 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 207 saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 24 kes positif telah direkodkan di kampung berkenaan,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah semalam adalah 303 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes.

“Tiga kematian dicatatkan di Sabah hari ini iaitu masing-masing satu di Tawau, Lahad Datu dan Keningau. Seramai 147 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,530 orang.

"Sejumlah 1,971 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 665 orang di hospital dan 1,306 orang di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19). Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU pula adalah 52 orang dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan," kata. - Bernama

bottom of page