top of page

COVID-19: KES BAHARU DI SABAH DIJANGKA NAIK MENDEDAK DALAM MASA TERDEKAT: MASIDI

Wartawan Nabalu News


21 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah dijangka naik mendadak dalam masa terdekat hasil keputusan ujian saringan di Penempatan Telipok dan Kg Numbak.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kawasan itu mempunyai jumlah penduduk padat iaitu sekitar 21,000 orang.


“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih membuat saringan Covid-19 di Penempatan Telipok dan Kg Numbak.


“Hasil keputusan ujian yang akan dikeluarkan oleh JKNS nanti dijangka menyumbang kepada kenaikan mendadak jumlah positif kes Covid-19 bagi Kota Kinabalu dalam masa terdekat bergantung kepada proses ujian yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Mengenai bantuan bakul makanan, Masidi berkata sebanyak 202,121 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page