top of page

COVID-19: KES BAHARU DI SABAH SEMAKIN MENURUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 16, 2020
  • 1 min read


16 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 288 kes, menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 288 kes positif hari ini, sebanyak 114 kes atau 39.58 peratus adalah dari Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang yang berpunca dari saringan kontak rapat dan selebihnya dari lain-lain kategori.

“Kes-kes jangkitan Covid-19 mengikut daerah ialah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 86 kes diikuti daerah Tawau sebanyak 53 kes, Tuaran (30 kes), Penampang (24 kes), Sandakan (22 kes), Putatan (17 kes), Lahad Datu (15 kes), Semporna (14 kes), Papar (sembilan kes), Kota Belud dan Keningau masing-masing lima kes dan Kudat empat kes.

“Daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini ialah Kinabatangan, Sipitang, Beluran, Pitas, Kota Marudu, Tambunan, Tongod, Kuala Penyu, Kunak, Telupid, Ranau, Tenom dan Nabawan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Sabah ialah 23,383 kes.

“Pada hari ini, seramai 372 pesakit Covid-19 telah sembuh. Manakala 2,346 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,661 orang di PKRC.

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 63 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page