top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: KES BAHARU DI SABAH SEMAKIN MENURUN



24 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 232 kes baharu dan tiga kes kematian masing-masing dua kes di Lahad Datu dan satu di Tawau, hari ini.


Beliau berkata, daripada 232 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 96 kes (41.38 peratus) adalah dari Kota Kinabalu, Lahad Datu, Beluran dan Kota Belud yang berpunca dari saringan kontak rapat dan selebihnya dari lain-lain kategori.


"Hari ini Kota Kinabalu mencatatkan 62 kes baharu, Lahad Datu (38 kes), Sandakan (25 kes), Tuaran (23 kes), Kota Belud (15 kes), Beluran (14 kes), Penampang (11 kes).


“Daerah Tawau dan Keningau masing-masing lapan kes baharu, Semporna, Putatan dan Tambunan masing-masing enam kes, Kudat (empat kes), Pitas dan Papar masing-masing dua kes, Kuala Penyu (satu kes), dan Tongod (Satu kes).


“Kunak, Beaufort, Kota Marudu, Sipitang, Tenom, Ranau, Kinabatangan, Telupid dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini seramai 833 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh seramai 19,721 orang.


“Manakala, seramai 2,266 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 671 orang di hospital dan 1,595 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 79 orang dan 18 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Commentaires


bottom of page