top of page

DGR 2025 bawa mesej kesihatan awam kepada masyarakat

  • nabalunews
  • May 19
  • 1 min read

Amirshah menyempurnakan acara pelepasan konvoi DGR 2025 di Sandakan.
Amirshah menyempurnakan acara pelepasan konvoi DGR 2025 di Sandakan.

19 Mei 2025


SANDAKAN: Distinguished Gentlemen Ride (DGR) 2025 yang diadakan serentak seluruh negara pada Ahad lalu, membawa mesej kesihatan mental kepada masyarakat umum.


Turut memberi sokongan apabila DGR 2025 yang dianjurkan Rascamoto.Inc turut disertai 32 pemilik pelbagai jenis motosikal dari daerah Sandakan dan Lahad Datu.


Pelepasan konvoi DGR 2025 Sandakan itu disempurnakan Ketua Bahagian PGRS Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub yang turut menyambut baik penganjuran program itu yang menghimpunkan belia serta peserta yang membawa mesej kesihatan dan mengisi masa dengan aktiviti yang baik.

Amirshah bersama peserta DGR 2025 Sandakan.
Amirshah bersama peserta DGR 2025 Sandakan.

Manakala Pengerusi Penganjur, Mansur Kundang, memberitahu, setiap tahun DGR membawa mesej berbeza mengenai kesihatan dengan kesedaran mengenai kanser prostat pada tahun lepas.


Mereka juga mengumpul derma untuk tabung DGR bagi membantu usaha berkenaan.


Pihaknya merakam penghargaan kepada semua yang menjayakan DGR 2025 di Sandakan.


Di Malaysia, terdapat 11 lokaliti penganjuran DGR tahun ini dengan dua di Sabah masing-masing Kota Kinabalu dan Sandakan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page