top of page
  • nabalunews

Covid-19: Kes harian di Sabah melonjak naik kepada 149 kes


23 April 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sabah hari ini telah melonjak naik kepada 149 kes, iaitu pertambahan 64 kes berbanding semalam. Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata antara punca pertambahan kes pada hari ini adalah disebabkan kewujudan satu kluster pendidikan. Kluster tersebut melibatkan pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Sains di Lahad dan setakat ini melibatkan 39 pelajar. "Faktor kedua adalah jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu bertambah daripada lapan (8) daerah kelmarin kepada 17 daerah hari ini. "Cuma enam (6) daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih rendah daripada sebelumnya. "Empat (4) daerah mencatatkan kes dua (2) angka iaitu Lahad Datu 40 kes (+36), Sandakan 18 kes (+11), Kota Kinabalu 13 kes (-14) dan Penampang 10 kes (+7)," katanyam Sementara itu, sebanyak 19 daerah mencatatkan kes satu (1) angka dengan 14 daerah merekodkan kes baharu kurang daripada lima (5) kes. Tambah beliau, empat (4) daerah lain iaitu Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini. "Seramai 141 orang daripada 149 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, empat (4) orang dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan seorang (1) pesakit dalam Kategori 5. "Dalam pada itu, satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Sandakan," ujarnya.

bottom of page