TPNS memperuntukkan RM13 juta bagi membantu lebih 9,000 pelajar IPTA/IPTS di Negeri ini
- nabalunews
- 2 days ago
- 2 min read

3 Jun 2025
KENINGAU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) memperuntukkan RM13 juta bagi membantu lebih 9,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang melanjutkan Pengajian Sijil Sains, Diploma, Ijazah, Sarjana dan Master di seluruh Sabah.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohamad Arifin Arif berkata, ini menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam menyokong pendidikan anak-anak negeri ini.
Katanya, langkah menyeluruh TPNS ini jelas menunjukkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada anak Sabah yang tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan.

"Perbelanjaan yang besar ini adalah bukti bahawa pelaburan dalam pendidikan kekal menjadi keutamaan demi masa depan negeri sejak yang dilancarkan tiga tahun lalu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor" katanya kepada media selepas menyempurnakan penyampaian bantuan TPNS dan Penyerahan Sekolah Anak Angkat Daerah Keningau yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau di sini pada Selasa.
Arifin mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ini satu usaha yang berterusan dilaksanakan dan ini adalah satu daripada usaha Ketua Menteri untuk memastikan anak-anak kita tidak tercicir.
Pada majlis berkenaan sejumlah RM435,695 bantuan disampaikan kepada 100 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang melanjutkan Pengajian Sijil Sains, Diploma, Ijazah dan Sarjana.

Ia termasuk penghargaan kepada seorang pelajar Keningau yang mendapat 12 A dan tiga pelajar 10 A dalam keputusan cemerlang dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia SPM dari SM Ken Hwa, masing-masing RM1,000.00
Manakala seramai 173 orang murid sekolah menengah dari daerah Keningau turut menerima cermin mata percuma.
Perpustakaan-Perpustakaan awam di seluruh Sabah juga menerima sumbangan tablet pendidikan iaitu Keningau, Lahad Datu, Kunak, Membakut, Tuaran, Semporna,Sandakan, Tawau, Beaufort,Ranau dan Kota Marudu.
Sementara itu, turut menerima bantuan program sahabat Bahasa bagi memperkasakan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris kepada 4 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM Kampus Kent, Keningau, Tawau Dan Gaya Kinabalu.
Turut berlangsung , penyampaian bantuan aktiviti sekolah BAGUS termasuk sumbangan kegiatan sekolah Sabah SUKES kepada Pejabat Pendidikan Daerah PPD Keningau Dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS Keningau.
Termasuk Dua sekolah Anak Angkat iaitu Sekolah Kebangsaan SK Banjar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor turut menerima bantuan masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM10,000.00.
Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng yang juga ADUN Tulid, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah dan Kementerian Sains , Teknologi Dan Inovasi.
Bình luận