• nabalunews

COVID-19: KLUSTER HIGHWAY SABAH ANTARA KLUSTER BAHARU DIKESAN

Updated: Feb 2


gambar hiasan

11 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Sebanyak enam kluster baharu dilaporkan di seluruh negara pada 10 Oktober, termasuk Klauster Highway Sabah melibatkan daerah Kota Belud.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu yang dikenalpasti itu ialah di Selangor (empat kluster), Sabah dan Sarawak masing-masing satu kluster.

Beliau berekata, kluster baharu melibatkan daerah Kota Belud ialah kes ke-12205 dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga 10 Oktober (kelmarin) pada jam 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana, 23 kes dikesan positif COVID-19 dan 36 individu negatif,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, kelmarin.


Dr Noor Hisham berkata, kluster Bah Manggis Selanggor melibatkan daerah Tawau dan daerah Kuala Langat, Selangor.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tujuh lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga 10 Oktober pada jam 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana, lapan kes dikesan positif COVID-19, 26 individu negatif dan 73 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Manakala Kluster Utama Selanggor pula dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober lalu. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti sembilan lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga 10 Oktober, pada jam 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19, 15 individu negative dan 89 individu masih menunggu keputusan,” katanya.


Beliau berkata, bagi kluster Tasik Selangor, ia melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang Selangor.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 seeorang individu negative dan empat individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi Kluster Simera Selangor, ia melibatkan daerah Besut Terengganu, daerah Kuantan Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat Selangor.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga 10 Oktober, pada jam 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19, 88 individu negatif dan 30 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Putra Sarawak, ia dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke Sarawak pada 8 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan empat lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga 10 Oktober lalu, pada jam 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif COVID-19, dua individu negative dan 50 individu masih menunggu keputusan,” katanya.