COVID-19: KLUSTER KOLONG DI SABAH, ANTARA ENAM KLUSTER BAHARU COVID-19: KLUSTER KOLONG DI SABAH, ANTARA ENAM KLUSTER BAHARU
top of page
  • nabalunews

COVID-19: KLUSTER KOLONG DI SABAH, ANTARA ENAM KLUSTER BAHARU


Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah

12 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Enam lagi kluster baharu dilaporkan hari ini, masing-masing dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Sabah, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster di Sabah dikenali sebagai Kluster Kolong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana, Kluster Bah Tropicana Selangor, Kluster Rinting Johor dan Kluster Bah Kasturi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Beliau berkata, Kluster Kolong dikenal pasti di Keningau. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13,548) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19. Sehingga jam 12 tengah hari, hari ini (12 Oktober) sejumlah 92 individu telah disaring, di mana, lapan kes dikesan positif, 81 individu negative dan tiga lagi individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara maya di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Noor Hisham berkata, Kluster Baiduri Kuala Lumpur melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-14,312 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 tengah hari (12 Okt), sejumlah 39 individu telah disaring,18 kes dikesan positif, 12 individu negatif dan Sembilan individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Bah Perdana pula dikenal pasti di daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-11,305) dikenal pasti positif Covid -19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 28 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif Covid-19.

Sehingga hari ini sejumlah 22 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif dan 13 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Tropicana Selanggor pula dikenalpasti di daerah Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-11,804) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga hari ini sejumlah 147 individu telah disaring iaitu 14 kes dikesan positif, 105 individu negative dan 28 individu masih menunggu keputusan.

Noor Hisham berkata, Kluster Rinting melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan daerah Johor Bahru. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-14,350 dikenal pasti positif hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19.

Sehingga hari ini sejumlah 162 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif , 97 individu negative dan 57 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Bah Kasturi ia melibatkan beberapa daerah dan negeri iaitu Daerah Seremban, Negeri Sembilan; Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; serta Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat, Selangor.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page