COVID-19: KLUSTER SAMUDERA SANDAKAN, ANTARA TIGA KLUSTER BAHARUCOVID-19: KLUSTER SAMUDERA SANDAKAN, ANTARA TIGA KLUSTER BAHARU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER SAMUDERA SANDAKAN, ANTARA TIGA KLUSTER BAHARU



23 OKTOBER 2020

OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu dikenalpasti hari ini iaitu Kluster Samudera Sandakan, Kluster Palma Kluster Jaya di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Samudera melibatkan daerah Sandakan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19. Sehingga 23 Oktober (hari ini) jam 12 tengah hari, sejumlah lapan individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

“Kluster Palma pula melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif Covid-19. Sehingga hari ini (23 Oktober), sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif dan 88 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Jaya melibatkan daerah Sepang di Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif. Sehingga hari ini sejumlah 48 individu telah disaring, di mana Sembilan kes dikesan positif dan 39 individu masih menunggu keputusan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page