top of page

COVID-19: KLUSTER SUTERA, KLUSTER RIA, DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 5, 2020
  • 1 min read

5 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kluster Sutera Kota Kinabalu dan Kluster Ria Tuaran, adalah dua kluster baharu yang dikenalpasti di Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Sutera dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 2 November dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Beliau berkata, saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif Covid-19.


"Sehingga 5 November (hari ini), jam 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif (15 kes baharu); enam individu dikesan negatif dan 11 individu masih menunggu keputusan.


“Kes bagi Kluster Ria dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan komuniti sejak 2 November. Kesemua kes dalam kluster ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Intan di Sepanggar.

“Sehingga 5 November, jam 12 tengah hari, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana, 11 kes dikesan positif (2 kes baharu); 121 individu dikesan negative dan 122 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page