COVID-19: KLUSTER TUGUSON, KLUSTER SAKTI ANTARA KLUSTER BAHARU HARI INICOVID-19: KLUSTER TUGUSON, KLUSTER SAKTI ANTARA KLUSTER BAHARU HARI INI
top of page
  • nabalunews

COVID-19: KLUSTER TUGUSON, KLUSTER SAKTI ANTARA KLUSTER BAHARU HARI INI


29 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kluster Tuguson dan Kluster Sakti adalah dua daripada lima kluster baharu yang dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Kluster itu dikenali sebagai Kluster Tuguson melibatkan Kota Belud, Kluster Sakti Lahad Datu, Kluster Bah Medan dan Kluster Taman Laut di Selangor serta Kluster Taman Bunga di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham berkata, Kluster Tuguson melibatkan daerah Kota Belud.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19066) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 29 Oktober (hari ini), pukul 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 (4 kes baharu) dan 28 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Sakti melibatkan daerah Lahad Datu beliau berkata, kes indeks bagi kluster itu (iaitu kes ke-12995) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif (7 kes baharu); 101 individu dikesan negative dan 35 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page