• Wartawan Nabalu News

COVID-19: LAPAN KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH HARI INI



23 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Lapan kes kematian akibat Covid-19 daripada 10 kes kematian yang dilaporkan di seluruh negara hari ini, adalah di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 214 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kesemua kes itu dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Tuaran, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Likas, manakala dua lagi kes dilaporkan di di Kedah dan Labuan.

Kes kematian ke-205 melibatkan lelaki bukan warganegara berumur 77 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, kanser pancreas dan dislipidemia, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Lima kes dilaporkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan melibatkan empat orang tempatan dan seorang bukan warganegara, masing-masing mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dislipidemia, obesity dan strok.

Kes kematian ke-206 adalah wanita warganegara berumur 69 tahun, kes ke-207 melibatkan lelaki warganegara berumur 54 tahun, kes ke-208 juga seorang lelaki bukan warganegara berumur 66 tahun, kes kematian ke-209 adalah seorang wanita berumur 62 tahun dan kes ke-210 adalah seorang lelaki tempatan berumur 63 tahun.

Kes kematian ke-211 dilaporkan di Hospital Tuaran, melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 61 tahun.

Manakala kes di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas pula melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang.

Kes kematian di Hospital Sultanah Bahiyah Kedah melibatkan seorang lelaki warganegara berumur 67 tahun dan satu kes di Hospital Labuan melibatkan wanita bukan warganegara berumur 58 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit asma.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com