• Wartawan Nabalu News

COVID-19: LAPAN LAGI KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH, 25 OKT


25 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di seluruh negara sebanyak 229 kes.

Kesemua kes dilaporkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu tiga kes dilaporkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan iaitu dua lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan berumur antara 68 hingga 80 tahun.

“Dua kes kematian dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth iaitu kedua-duanya lelaki tempatan berumur 58 dan 59 tahun.

“Hospital Tawau juga melaporkan dua kes kematian iaitu seorang lelaki dan wanita tempatan berumur 34 dan74 tahun mempunyai latar belakang penyakit obesiti dan sindrom apnea tidur obstruktif, penyakit darah tinggi dan tibi paru-paru.

“Manakala satu kes dilaporkan d Hospital Lahad Datu melibatkan seorang wanita tempatan berumur 70 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga kini terdapat 99 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.