• Wartawan Nabalu News

COVID-19: LIMA KES KEMATIAN DI SELURUH NEGARA, EMPAT DI SABAH


22 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, empat kes berlaku di Sabah iaitu masing-masing satu kes di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tuaran dan dua kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan serta satu kes di Hospital Sultanah Bahyah Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 204 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-200 melibatkan seorang wanita warganegara berumur 67 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Kedah.

“Kes ke-201 juga melibatkan seorang wanita tempatan berumur 65 tahun dan menainggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

“Dua kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 88 dan wanita bukan warganegara berumur 60 tahun.

“Satu lagi kes kematian di Hospital Tuaran melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 78 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit strok,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com