• nabalunews

COVID-19: PASUKAN PAKAR PERUBATAN FORENSIK HKL KE SABAH



18 OKTOBER 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Seramai empat pegawai dari Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dimobilisasi ke Hospital Tawau pada pagi 18 Oktober (hari ini).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullan berkata, pasukan pakar itu akan menjalankan tugas perubatan forensik dan pengurusan kematian akibat Covid-19 di kawasan Timur Sabah.

“Pakar Perubatan Forensik tersebut, akan bertugas di Tawau selama tiga bulan. Mereka terdiri daripada seorang Pakar Perubatan Forensik, dua orang Pegawai Perubatan dan seorang Penolong Pegawai Perubatan,” kata Noor Hisham melalui perkongsian dalam Facebooknya, hari ini. Beliau berkata, kesemua petugas barisan hadapan itu telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19.


"Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com