top of page

UMS BENARKAN PELAJAR DARI SEMENANJUNG, SARAWAK PULANG KAMPUNG

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 24, 2020
  • 1 min read

23 NOV 2020


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memberikan kebenaran kepada pelajar termasuk dari Semenanjung dan Sarawak untuk pulang ke kampung masing-masing bermula Jumaat lepas (20 Nov).


Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah pihak universiti mendapat banyak permintaan daripada ibu bapa pelajar supaya anak mereka dapat pulang ke rumah.


Bagaimanapun katanya, mana-mana pelajar yang telah balik (ke rumah) tidak dibenarkan masuk ke kampus semula. Pelajar berkenaan boleh memohon kebenaran pulang ke kampung daripada fakulti masing-masing.


"Pada masa sama, mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan surat akuan ibu bapa dan pelajar untuk keluar dari kampus di pejabat kolej kediaman masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Masidi berkata bagi pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung mereka pada masa ini, UMS telah memberikan pelbagai bantuan dan mengadakan program untuk pelajar dalam kampus bagi memastikan kesihatan dan kebajikan pelajar berkenaan terjaga.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page