• nabalunews

COVID-19: R-NAUGHT MALAYSIA KINI 1.1 - KP KESIHATAN


28 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (RO) bagi Malaysia kini ialah 1.1, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya RO dapat dikurangkan dari 2.2 ketika bermula gelombang ketiga pada 20 Sept lepas kepada 1.1 hari ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata jika mengikut unjuran 2.2, kes harian dijangka 4,500 namun PKPB di Lembah Klang dan Sabah berjaya menurunkan RO kepada 1.5.

"Kes pada 24 Okt adalah 1,228 dan pada 26 Okt adalah 1,240 kes… melebihi 1.5. Tetapi kalau purata kita lihat sekarang ini kurang 1.5.

"Kita dapati sekarang ini RO telah berkurang kepada 1.1. Ini menunjukkan dalam tempoh dua minggu PKPB dari 14 Okt sehingga sekarang kita dapat menurunkan RO, bererti kebolehjangkitan semakin berkurangan," katanya di sini hari ini. - Bernama