COVID-19: SABAH CATAT 225 KES BAHARU, DUA KEMATIAN COVID-19: SABAH CATAT 225 KES BAHARU, DUA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 225 KES BAHARU, DUA KEMATIAN



25 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah, hari ini adalah sebanyak 225 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,640 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata berkata, dua kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu dan Sandakan.


“Daripada 225 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 125 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 47 kes, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 38 kes, saringan komuniti satu kes dan 14 kes adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini Lahad Datu mencatatkan 40 kes, Sandakan (34 kes), Penampang (30 kes), Kota Kinabalu (29 kes), Ranau (20 kes), Putatan (13 kes), Papar dan Keningau masing-masing lapan kes, Tawau (tujuh kes), Kudat dan Sipitang masing-masing enam kes, Kota Belud dan Tuaran juga masing-masing lima kes, Semporna (empat kes), Beluran (tiga kes), Kunak, Kinabatangan dan Telupid masing-masing dua kes dan Kalabakan satu kes.


“Daerah Tenom, Beaufort, Kota Marudu, Pitas, Tongod, Kuala Penyu, Tambunan dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya.


Katanya lagi, hari ini, seramai 239 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 33,357 orang.


“Sejumlah 1,589 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 576 orang di hospital dan 1,013 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page