COVID-19: SABAH CATAT 277 KES SEMBUH, 491 KES SELURUH MALAYSIACOVID-19: SABAH CATAT 277 KES SEMBUH, 491 KES SELURUH MALAYSIA
top of page
  • nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT 277 KES SEMBUH, 491 KES SELURUH MALAYSIA



30 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News



KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 491 kes dan 277 kes sembuh adalah di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 20,248 kes (65.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Pecahan kes yang telah pulih Covid-19 mengikut negeri ialah Sabah (277 kes); Selangor (135 kes); Negeri Sembilan (25 kes); Perak (22 kes); Pulau Pinang (12 kes); Sarawak (lima kes); Johor (empat kes); Terengganu (tiga kes); Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan masing-masing dua kes,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page