top of page

COVID-19: SABAH CATAT 299 KES BAHARU HARI INI

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 31, 2020
  • 1 min read


31 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah sebanyak 299 kes iaitu meningkat 19 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 37,040 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 64 kes, diikuti Penampang 44 kes, Lahad Datu (38 kes), Tambunan (25 kes), Tawau (21 kes), Sandakan (20 kes), Kota Belud (15 kes), Kinabatangan (14 kes), Papar (13 kes), Tuaran (11 kes).


“Daerah Putatan mencatatkan tujuh kes, Pitas dan Kunak masing-masing enam kes, Beaufort (empat kes), Keningau (tiga kes), Sipitang dan Kudat masing-masing dua kes, Semporna, Kalabakan, Tenom dan Telupid masing-masing satu kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Ranau, Kuala Penyu, Kota Marudu, Beluran, Tongod dan Nabawan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 299 kes positif Covid-19 yang dilaporkan, sebanyak 206 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (64 kes), saringan kluster-kluster sedia ada tiga kes dan 26 kes adalah dari lain-lain kategori.


Katanya lagi, seramai 164 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 34, 634 orang.


“Sejumlah 1,687 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 634 orang di hospital dan 1,053 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 15 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page