• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 443 KES BAHARU (13 OKT)

Updated: Feb 2


Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah

13 OKTOBER

WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi sebanyak 443 daripada 660 kes baharu di seluruh negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 443 kes positif baharu di Sabah, 162 kes saringan daripada kontak rapat kes positif Covid-19, 38 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada selebihnya daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak, Kluster Bina, Kluster Sabindo dan Kluster Bestari.

Beliau berkata, selebihnya adalah kes daripada lain-lain saringan Covid-19 yang dilaksanakan di negeri ini.

“Secara keseluruhannya 660 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 16,880 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 5,345 kes,” katanya pada sidang media secara maya mengenai perkembangan Covid-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu pada hari ini, sebanyak 658 kes adalah penularan dalam negara melibatkan 618 kes warga tempatan dan 40 kes bukan warganegara.

“Pada hari ini, sebanyak 443 kes dilaporkan di Sabah manakala 76 kes di Selangor, Kedah (60 kes), Pulau Pinang (23 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (18 kes), Perak (16 kes), Johor (10 kes), Kuala Lumpur (sembilan), Negeri Sembilan (dua) dan Pahang satu kes,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com