• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 499 KES BAHARU



17 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, hari ini, jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 499 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 271 kes atau 54.31 adalah berpunca dari Kluster Penjara Sandakan (122 kes) dan Kluster Avenue (106 kes ).


“Keputusan ujian saringan ini baru diperolehi dari makmal swasta yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu 165 kes.


“Daripada jumlah itu 122 kes adalah daripada Kluster Penjara Sandakan, 19 kes Kluster Mesra dan masing-masing satu kes daripada Kluster Istimewa dan Kluster Tinusa.


“Manakala 19 kes daripada saringan kontak rapat, dua kes saringan bergejala, dua kes saringan Brought In Dead (BID) dan masing-masing satu kes daripada saringan kemasukan hospital dan saringan komuniti,” katanya.


Masidi berkata, Penampang mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 115 kes.


Beliau berkata, daripada jumlah itu, Kluster Avenue mencatatkan sebanyak 106 kes, saringan bergejala (tiga kes), saringan kontak rapat dan saringan pekerjaan masing-masing dua kes, saringan kendiri (satu kes) dan saringan pra pekerjaan (satu kes).


“Kota Kinabalu pula mencatatkan sebanyak 62 kes, diikuti daerah Tawau (42 kes), Kudat (29 kes), Semporna (16 kes), Beluran (lapan kes), Tuaran, Papar masing-masing tujuh kes, Putatan, Keningau dan Beaufort masing-masing dua kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan pertambahan pada hari ini ialah Kota Belud, Kinabatangan, Sipitang, Pitas, Kota Marudu, Tambunan, Tongod, Kuala Penyu, Kunak, Telupid, Ranau, Tenom dan Nabawan,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com