• nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT 564 KES BAHARU, HARI INI


5 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 564 kes baharu (55.9 peratus) daripada sebanyak 1,009 kes keseluruhan yang dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,503 kes.

“Daripada jumlah keseluruhan kes di Sabah, sebanyak 119 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sutera dan Kluster Ria, 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 191 kes daripada lain-lain saringan,” katanya.

Noor Hisham berkata, sebanyak 112 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (73 kes), Kluster Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (12 kes), Kluster Penjara Reman (12 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

“Ingin dimaklumkan daripada 1,009 kes baharu pada hari ini, sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan empat warganegara dan lima bukan warganegara yang tiba dari negara, India, Kazakhstan, Indonesia, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico (1 kes) dan Kemboja.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com