COVID-19: SABAH CATAT 50 KES BAHARU, SATU KEMATIANCOVID-19: SABAH CATAT 50 KES BAHARU, SATU KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 50 KES BAHARU, SATU KEMATIAN


11 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 50 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif di Sabah sebanyak 59,003 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata satu kematian turut dilaporkan di Kunak.



"Majoriti kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat iaitu sebanyak 31 kes manakala sebanyak sembilan kes berpunca dari saringan bergejala, tujuh kes dari kluster sedia ada dan selebihnya dari lain-lain kategori.

“Tawau mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 19 kes, diikuti Kota Kinabalu dengan 11 kes, Lahad Datu enam kes, Kalabakan dan Kunak masing-masing lima kes, serta satu kes masing-masing dicatatkan di Sandakan, Keningau, Ranau dan Beaufort.


“Daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kinabatangan, Semporna, Kota Belud, Beluran, Telupid, Tongod, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan and Tambunan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 91 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 57,861 orang.


"Seramai 567 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 228 orang di hospital dan 339 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 36 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



bottom of page