top of page

Kelab Kebajikan Kadamaian Teruskan Legasi 2018: Bantuan CSR Diteruskan

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 6 Jun 2026 – Kelab Kebajikan Kadamaian semalam menyalurkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada Yayasan Bank Rakyat kepada dua penduduk di Kampung Podos dan Kampung Mangkulat.


Ketua petugas kelab berkenaan, Shainim Epin menyerahkan katil boleh laras kepada Kison Elaus@Kison Limbasan, Ketua Kampung Podos yang terlantar akibat jangkitan kuman di bahagian lutut, serta Joseph Dangkai di Kampung Mangkulat yang terbaring selepas diserang angin ahmar.



Keluarga kedua-dua penerima mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang mengambil inisiatif mendapatkan sumbangan daripada Yayasan Bank Rakyat, agensi di bawah kementerian beliau sebelum ini.


Pihak Kelab Kebajikan Kadamaian mendoakan agar penerima cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan keluarga mereka.


Turut hadir, Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Hadlee Panchai. Beliau berkata, seperti yang sering ditegaskan Ewon, “sentiasa mencari jalan, walau bukan semua tetapi sekurang-kurangnya kita menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah.”


Terdahulu, Ewon telah menubuhkan Kelab Kebajikan Kadamaian pada tahun 2018 semasa beliau menjawat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian bagi penggal pertamanya. Penubuhan kelab tersebut bertujuan untuk menyalurkan sumbangan dan sokongan kepada warga Kadamaian, dan ia diteruskan sehingga kini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page