Kaamatan Platform Terbaik Angkat Budaya Dusun - Ukoh
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 5 Jun – Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Podos berakhir semalam dengan meriah selepas berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Jun 2026, dengan penglibatan aktif generasi muda yang dipuji sebagai platform terbaik mengetengahkan budaya dan tradisi suku kaum Dusun.
Sambutan yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Podos itu disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) UPPM Kadamaian, Ukoh @ Jeremy Malajad, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick yang tidak dapat hadir.
Dalam ucapannya, Ukoh memuji dan mengalu-alukan penglibatan anak muda dalam penganjuran pesta tersebut, selain menyatakan rasa syukur atas segala hasil pertanian, kerjaya dan perniagaan yang dikecapi. Beliau turut menyeru semua pihak berganding bahu mempertahankan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan pesat di Kadamaian.
Pengerusi JKKK merangkap pengerusi penganjur, Joeltin Ginsuab, menjelaskan pelbagai program dan pengisian sepanjang dua hari termasuk pertandingan Melastik, Lumba Gugundang, Kolumbion Basaan (kategori perempuan dan lelaki 12 tahun ke bawah), Zandi Tavanus, Mr. Rokian, Randawi Tavantang, Unduk Ngadau serta Sugandoi (nyanyian) yang terbuka kepada seluruh warga Kampung Podos.
Terdahulu, perasmian pembukaan pesta tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy pada 3 Jun lepas. Pesta anjuran bersama JKKK dan KRT Kampung Podos itu berlangsung penuh kemeriahan.















Comments