top of page

COVID-19: SABAH CATAT JUMLAH TERTINGGI, 646 KES

  • nabalunews
  • Nov 4, 2020
  • 1 min read

4 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 646 kes (62.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian sebanyak 1,032 kes di seluruh negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 98 kes (9.5 peratus) adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

“Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Penjara Kepayan (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (16 kes), Kluster Rumah Merah (11 kes), Kluster Tembok (8 kes) dan Kluster Benteng PK (lima kes),” katanya.

Perincian kes penularan Covid-19 di Sabah ialah 100 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, dan Kluster Sepanggar, 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 179 kes daripada lain-lain saringan Covid-19, katanya.

Secara keseluruhannya, sehingga 4 November pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,032 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,425 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,339 kes.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page