COVID-19: SABAH CATAT HAMPIR 1,000 KES BAHARUCOVID-19: SABAH CATAT HAMPIR 1,000 KES BAHARU
top of page
  • nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT HAMPIR 1,000 KES BAHARU


26 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 927 kes daripada 1,240 kes positif baharu yang dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan pada hari ini.

“Jumlah ini melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes. Ini juga berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di Sabah.

“Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan rawatan perubatan.

“Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik bagi membolehkan keputusan ujian RTK-Ag dan RT-PCR dapat diperoleh dengan lebih cepat,” katanya, dalam sidang media, yang disiarkan secara langsung menerusi Facbook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada 927 kes baharu di Sabah, 511 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapor, 280 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 136 kes daripada lain-lain saringan.

“Satu lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu kluster Kapor dan tujuh kes kematian dilaporkan, masing-masing tiga kematian di Kota Kinabalu, dua di Sandakan, satu di Tawau dan Tuaran,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, sehingga 26 Oktober (hari ini) pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,240 kes baharu dilaporkan di seluruh negara.

“Ini adalah kes harian tertinggi sejak permulaan pandemik yang menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 9,744 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page