top of page

Empat RUU bakal dibentang, dibahas dalam sidang DUN Sabah hujung bulan ini

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

14 April 2026


KOTA KINABALU: Empat Rang Undang-Undang (RUU) dijangka bakal dibentang dan dibahas dalam sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung 27 hingga 30 April ini.


Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata setakat ini pihaknya telah menerima empat RUU untuk dibawa ke persidangan berkenaan.


“Termasuk ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, jumlah keseluruhan perkara yang akan dibentangkan ialah lima.

“Kita juga masih menunggu beberapa lagi RUU yang mungkin akan dikemukakan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah di sini, hari ini.


Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan undangan rasmi kepada Tun Musa Aman bagi merasmikan persidangan DUN berkenaan.


Istiadat Pembukaan DUN Sabah dijadualkan berlangsung pada 23 April ini dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page