• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH REKOD 160 KES BAHARU, MENURUN 73 KES


Perkembangan Covid-19 di Sabah hari ini (7 Feb 2021).

7 Feb 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 160 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menurun sebanyak 73 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,374 kes.


Turut dilaporkan hari ini, tiga kematian iaitu dua di Beaufort dan satu kes di Tuaran.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu, Lahad Datu mencatatkan sebanyak 32 kes, Sandakan (30 kes), Kota Kinabalu (20 kes), Beluran (12 kes).


“Penampang (sembilan kes), Tawau dan Putatan masing-masing lapan kes, Kinabatangan dan Ranau masing-masing tujuh kes, Keningau (lima kes), Tenom (empat kes).

“Tuaran dan Kunak masing-masing tiga kes, Papar, Sipitang, Nabawan dan Semporna masing-masing dua kes, Kalabakan, Kota Belud, Beaufort dan Kudat masing-masing mencatatkan satu kes.


"Enam daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Kota Marudu, Kuala Penyu, Tambunan, Pitas, Telupid dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 160 kes positif Covid-19, sebanyak 95 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (23 kes), saringan kluster sedia ada (lima kes), kluster PERKESO (lima kes) dan 32 kes adalah dari lain-lain kategori.

Katanya, seramai 252 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 47,779 orang.


“Sejumlah 1,680 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 670 orang di hospital, 1,008 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 76 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.