• nabalunews

COVID-19: SABAH TERUS CATAT JUMLAH KES TERTINGGI



14 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Sebanyak 660 kes baharu dilaporkan hari ini (14 Oktober), daripada jumlah itu 429 kes atau 65 peratus adalah di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 17,540 kes.

Oleh itu katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 5,768 kes.

“Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes.


"Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan sedang giat dijalankan dan lebih banyak keputusan ujian sampel mendapat keputusan," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif di Sabah pada hari ini, 197 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19, sebanyak 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Katanya lagi, terdapat 233 kes telah pulih Covid-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 11,605 kes (66.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com