top of page

COVID-19: SANDAKAN CATAT KES BAHARU TERTINGGI DI SABAH

Wartawan Nabalu News


1 NOVEMBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sandakan mencatatkan kes baharu Covid-19 yang tertinggi di seluruh Sabah dengan jumlah sebanyak 199 kes pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan kes positif harian Covid-19 di Sandakan mencatatkan jumlah yang tinggi berpunca dari tunggakan sampel saringan yang diambil pada 23 Oktober hingga 26 Oktober lalu.


Daerah kedua yang mencatatkan jumlah kes tertinggi ialah Tawau iaitu 134 kes, Kota Kinabalu (91 kes), Kudat (63 kes), Semporna (30 kes), Putatan (17 kes), Kota Belud (16 kes), Penampang dan Keningau masing-masing 15 kes.

“Daerah Tuaran, Lahad Datu dan Beaufort pula masing-masing mencatatkan 13 kes baharu, Papar (lapan kes), Kinabatangan dan Kunak masing-masing enam kes, Kota Marudu (tiga kes) dan Ranau (dua kes).

“Daerah Tenom, Kuala Penyu, Telupid, Beluran, Tambunan, Pitas, Tongod, Nabawan dan Sipitang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Masidi berkata, bagi mengekang penularan wabak di Pusat Tahanan Sementara (PTS), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah membuat kawalan jangkitan Pandemik Covid-19 di tiga PTS iaitu Tawau, Papar dan Kota Kinabalu.

“Bagi PTS Kota Kinabalu, saringan secara bersasar melibatkan sebahagian orang tahanan dan anggota keselamatan yang bertugas di PTS tersebut telah dibuat dan dikuarantinkan di kawasan PTS.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page