• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SANDAKAN CATAT KES TERTINGGI SELURUH SABAH



4 Nov 2020


KOTA KINABALU: Daerah Sandakan mencatatkan kes baharu Covid-19 yang tertinggi di Sabah dengan jumlah sebanyak 226 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 212 kes, pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes baharu itu disebabkan kontak rapat pesakit Covid-19 sebelum ini.

“Tawau pula mencatatkan 71 kes, Penampang (49 kes), Putatan (22 kes), Lahad Datu (21), Tuaran (20 kes), Keningau (12 kes), Semporna (Sembilan kes) dan Kudat (empat kes).

“Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah adalah sebanyak 646 kes.

“Jumlah kumulatif sebanyak 16,841 kes. Kes kematian sebanyak tujuh kes iaitu tiga di Sandakan, dua di Tawau dan masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Tuaran.

“Pada hari ini, seramai 472 pesakit telah sembuh. Manakala seramai 3,012 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 671 orang di hospital dan 2,341 orang di PKRC.

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 73 orang dan 15 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.