• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SATU KES POSITIF BOLEH JANGKITI SEORANG KONTAK RAPAT



13 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0), di Sabah sehingga 9 November lalu ialah 1.03 dan seluruh Malaysia sehingga 11 November adalah kurang daripada 1.0.

Beliau berkata, ini bermaksud seorang kes positif boleh menjangkiti seorang lagi individu lain atau kontak rapat.

“Oleh itu bermula 10 November lalu, Sabah telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lanjutan, dengan beberapa kelonggaran telah diberikan ke atas beberapa aktiviti seperti pengoperasian Pasar Raya, Pusat Membeli Belah, kebenaran makan di dalam premis restoran, aktiviti keagamaan serta aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal.

“Walaupun kelonggaran telah diberikan, kerajaan menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan dan memastikan tiada perhimpunan orang ramai melebihi had yang dibenarkan.

“Di samping itu, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mengamalkan norma baharu seperti Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat,” katanya.