COVID-19: SEBANYAK 165 KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH SEHINGGA KELMARINCOVID-19: SEBANYAK 165 KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH SEHINGGA KELMARIN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SEBANYAK 165 KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH SEHINGGA KELMARIN


13 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Sebanyak 165 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah sehingga 12 November ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, pengurusan jenazah Covid-19 dikendalikan oleh pihak hospital.

“Semasa pengebumian, ejen kompeten yang telah dilatih akan menguruskan pengebumian dengan diselia oleh pihak Kementerian KesihatanMalaysia (KKM).

“Urusan pengebumian oleh ejen yang dilantik adalah mengikut kepercayaan agama jenazah yang diuruskan contohnya kakitangan dari Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bagi jenazah beragama Islam dan syarikat pengurusan jenazah bagi yang bukan Islam,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Mengenai kehadiran penjawat awam di pejabat, Masidi berkata Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan kehadiran di pejabat pada tahap 30 peratus dalam setiap masa kepada semua Penjawat Awam bermula 22 Oktober lalu sehingga tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selaras dengan prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan perlu (essential services) di semua Pejabat Kerajaan masih beroperasi termasuklah di PBT.

“Urusan rasmi oleh orang awam termasuk para peniaga masih boleh dilaksanakan secara atas talian sama ada melalui telefon atau emel kepada PBT.

“Kerajaan Negeri sentiasa memantau situasi semasa pandemik COVID-19 di negeri ini dan akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula arahan kehadiran di pejabat tertakluk kepada keadaan semasa COVID-19 dengan mengambilkira nasihat dan pandangan dari pelbagai pihak,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page