top of page

COVID-19 : SEBANYAK 226 KES SEMBUH DI SABAH, 465 KES DI SELURUH MALAYSIA

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 19, 2020
  • 1 min read

19 OKTOBER 2020


BY WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Sebanyak 456 kes Covid-19 diseluruh negara termasuk 226 kes di Sabah sudah pulih dan dibenarkan pulang setakat jam12 tengah hari, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 13,717 kes atau 64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Pecahan kes pulih Covid-19 mengikut negeri adalah Sabah (226 kes); Selangor (107 kes); Kedah (97 kes); Johor (13 kes); Terengganu (lima kes); Negeri Sembilan (tiga kes); Sarawak (dua kes); Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan (satu kes).


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 7,456 kes setakat hari ini dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.


Katanya lagi, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,363 kes.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page