• nabalunews

COVID-19: SEKTOR SWASTA HULUR SUMBANGAN UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN


Sharom menyampikan alat mesin fogging kepada Pegawai Kesihatan Klinik Kerukan Dr Phon Kit Yin.

27 OKTOBER 2020


KUALA PENYU: Semua pihak termasuk sektor swasta, syarikat korporat dan individu berkemampuan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing membantu kerajaan menangani wabak Covid-19 di negeri ini.

Pengarah Urusan SR Events Production Haji Sharom Ghaffar berkata, ini penting dalam keadaan negara khususnya Sabah berhadapan gelombang kedua penularan Covid-19.

“Pada saat genting ini sektor korporat, orang perseorangan yang berkemampuan perlu tampil membantu kerajaan untuk bersama-sama menangani penularan covid-19 yang angkanya amat membimbangkan ketika ini.

“Misalnya, bantuan dari segi sokongan moral, sumbangan berupa makanan, minuman atau sumbangan lain yang diperlukan oleh para petugas barisan hadapan," katanya.

Samin menyampaikan kerusi kepada Pegawai Kesihatan Klinik Kerukan Dr.Phon Kit Yan.

Beliau berkata demikian selepas menyertai rombongan Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) Sabah menyampaikan sumbangan berupa kipas, khemah dan kerusi di Klinik Kesihatan Padas Damit, Kerukan dan Menumbok.

Hadir sama Pengarah (YADIM) Sabah Haji Samin Hi Ongki.

Pada Majlis itu SR Events Production turut menyampaikan Mesin Fogging Basmi Kuman dan High Level Disinfectant Liquid untuk kegunaan Ambulans.

Sementara itu Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Hi Ongki turut mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada sektor swasta atau orang perseorangan supaya sama-sama menghulurkan sumbangan dalam menangani penularan Covid-19.

"Kami mengalu-alukan sumbangan tersebut melalui kolaborasi bersama YADIM untuk diselaraskan dan disampaikan kepada pihak berkenaan,” katanya.