COVID-19: SYARIKAT SAMLING TIMBER SDN BHD SARAWAK SUMBANG RM500,000

27 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Syarikat Samling Timber Sdn Bhd berpangkalan di Sarawak memberikan sumbangan sebanyak RM500,000 ke akaun Amanah Bencana Alam Negeri.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sumbangan itu adalah untuk membantu mangsa Covid-19 di negeri ini.
“Kerajaan Negeri merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut.
“Saya mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Berkanun dan orang perseorangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mengenai sumbangan bantuan bakul makanan, Masidi berkata sehingga hari ini, sebanyak 240,383 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di negeri ini.
תגובות