top of page

COVID-19: TIGA KELAB HULUR SUMBANGAN KEPADA HOSPITAL TUARAN

  • nabalunews
  • Oct 30, 2020
  • 1 min read

30 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Kelab Kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Gayang, Kelab Kakitangan SK Sungai Damit dan Kelab Penyokong Datuk Jahid Jahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Hospital Tuaran bagi membantu pesakit serta petugas barisan hadapan di hospital itu.

Sumbangan berupa makanan dan minuman kepada barisan hadapan yang sedang bergelut membanteras pandemik COVID-19 itu diterima oleh Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan Gopal Naidoo.

Bercakap kepada pemberita, Dr G Mohan berkata sumbangan itu amat bermakna kepada pesakit dan petugas barisan hadapan di hospital tersebut.

"Saya amat berterima kasih kepada kelab berkenaan kerana berbesar hati memberi kami sumbangan dan ini bukan kali pertama, sebelum ini mereka telah banyak kali menyumbang kepada hospital ini," katanya.

Sementara itu, Datuk Jahid Jahim yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang hadir pada majlis itu berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan sumbangan daripada swasta, persatuan atau kelab kepada petugas barisan hadapan dan golongan memerlukan. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page