• nabalunews

COVID-19: TUJUH KEMATIAN PADA 18 OKT, ENAM DI SABAH, SATU DI SELANGOR


Gambar Ihsan Irwan Majid/TMI

19 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kes kematian akibat Covid-19 berlaku setiap hari sejak beberapa hari ini dan kelmarin (18 Okt) ia mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh satu hari.

Enam kes berlaku di Sabah iaitu di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent Sandakan. Satu lagi kes berlaku di Pusat Perubatan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia sejak pandemik itu melanda negara ini sebanyak 187 kes iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-181 membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Kes kematian ke-183 di hospital yang sama juga membabitkan seorang lelaki warganegara berusia 57 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, kelmarin.

Noor Hisham berkata, dua kes kematian di Hospital Tawau membabitkan seorang wanita tempatan berumur 70 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan lelaki bukan warganegara berusia 41 tahun.

“Kes kematian ke-184 dan kes ke-186 di Hospital Duchess of Kent Sandakan membabitkan wanita bukan warganegara berusia 55 tahun menghidap penyakit darah tinggi dan lelaki warganegara berusia 44 tahun mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

“Kes kematian ke-187 pula membabtkan seorang wanita warganegara berusia 46 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Selangor,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 86 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com