Covid: 3,361 kes baharu di Sabah, tertinggi setakat ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid: 3,361 kes baharu di Sabah, tertinggi setakat ini



11 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Angka jangkitan baharu dicatatkan hari ini yang tertinggi setakat ini, sebanyak 3,361 kes, meningkat 392 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 782 kes, diikuti Sandakan 374 kes, Tuaran 310 kes, Tawau 263 kes, Penampang 254 kes, Papar 244 kes, Lahad Datu 152 kes, Beaufort 123 kes, Kota Belud 122 kes dan Ranau 107 kes.


“Kes-kes bergejala (simptomatik) kekal tinggi dengan 1,785 kes atau 53.11 peratus daripada keseluruhan jumlah kes hari ini.


“Sejumlah 18 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala yang lebih tinggi dan berkemungkinan daerah-daerah yang akan mencatatkan pertambahan kes baharu yang lebih tinggi.


“Kes-kes bergejala yang merebak secara simptomatik adalah tanda-tanda virus itu aktif dalam masyarakat dan akan merebak dengan cepat dan secara meluas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Papar dan satu kes di Tuaran.


“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh sebanyak 512 orang (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 243,140 orang.


Manakala 2,399 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 991 orang di hospital, 1,291 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 114 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga orang di fasiliti swasta.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page