- Wartawan Nabalu News
Cuaca buruk landa beberapa tempat di Sabah, Sarawak sehingga Selasa
13 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang djiangka melanda beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga jam 1 pagi ini (14 Feb).
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan di Sabah kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau).
"Cuaca buruk itu turut melibatkan kawasan pedalaman Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan.
"Bagi Sarawak pula, kawasan yang terjejas ialah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit (Song)," katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.
Comments