top of page

Cuaca lebih lembap dijangka di Sabah, Sarawak mulai 11 Februari

  • nabalunews
  • 1m
  • 1 min read

9 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca lebih lembap dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak selama empat hari bermula 11 hingga 14 Februari ini.


Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ia berpunca daripada luruan angin timuran yang dijangka memasuki rantau negara berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca.


“Keadaan ini berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap khususnya di timur dan utara Sabah serta utara Sarawak sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini serta sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MET Malaysia atau aplikasi myCuaca.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page