top of page

Cubaan seludup keluar 800 kilogram ikan bilis kering di Sandakan, dipatahkan Maritim Malaysia

  • nabalunews
  • Sep 12, 2024
  • 1 min read

12 September 2024


SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan mematahkan cubaan menyeludup keluar 800 kilogram ikan bilis kering ke negara jiran baru-baru ini.


Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Pluto Timur, Op Khas Cegah PATI dan Op Tiris 3.0 telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 5.2 batu nautika timur laut Tanjung Pamaguan sedang menuju ke Pulau Taganak jam 1.25 petang pada hari kejadian.


"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong

dan seorang awak-awak masing-masing berumur 35 dan 56 tahun, kedua-duanya warga asing," katanya dalam kenyataan hari ini.


Muhamad Suhairy berkata pemeriksaan lanjut ke ata bot menemui 13 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 800 kilogram dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina.


Katanya nilai rampasan keseluruhan

termasuk ikan bilis kering, enjin sangkut dan bot dianggarkan lebih RM48,000.


Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan

kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kerana membawa keluar ikan bilis kering untuk tujuan eksport tanpa lesen yang sah, kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang

meragukan.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau

salah laku di perairan negara, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim

Sandakan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page