Cubaan seludup kosmetik bernilai RM21,375 dipatahkan
- nabalunews
- Apr 23
- 1 min read

23 April 2025
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai produk kosmetik membabitkan rampasan bernilai RM21,375, semalam.
Rampasan itu dilakukan PPM Semporna Wilayah Empat Sabah menerusi Op Taring Gelora di laut Tanjung Menimpah, Pulau Bum-Bum, di sini.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya berjaya menahan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan menemui beberapa kotak besar yang berisi pelbagai barang kosmetik yang disyaki seludup dari negara jiran.
"Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM21,375," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, semua barang kes dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
Katanya, PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Comentarios